Monday, April 25, 2011

HikmAh Minum Air Masak (air jarang @ air mati)

Semua orang tahu, minum air adalah sangat penting dan sangat baik 
untuk kesihatan. Tapi adakah anda tahu bilakah masa yang PALING BAIK 
untuk anda minum air?

* Air di sini bukannya air kopi, air teh atau atau air yang berperisa. 
Tetapi air di sini adalah AIR MASAK! Jangan salah faham pulak yer. ;)

Minumlah air secukupnya...

Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh 
memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut ini 
adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh 
pakar-pakar perubatan.

*    Minum dua (02) gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya 
membantu mengaktifkan organ dalaman
*    Minum segelas (01) air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya 
membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang 
untuk kemasukan makanan
*    Minum segelas (01) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu 
pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
*    Minum segelas (01) air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat 
mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang 
secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di 
atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.

Persoalannya sekarang, berapa gelaskah anda minum air masak dalam 
sehari? Bila anda minum air masak? Lepas makan? Adakah masa minum itu 
sesuai?

P/s- Kongsikanlah info ini dengan kawan2 anda yang lain...

No comments:

Post a Comment